Text
BAHASA MELAYU DI SERAWAK
Buku yang menghimpunkan 60 esei, rencana, kertas kerja dan ulasan yang pernah diterbitkan dalam pelbagai media dan dibentangkan dalam pelbagai seminar bahasa ini merupakan satu usaha untuk merakamkan liku-liku perjalanan yang telah dilalui oleh bahasa Melayu sepanjang tempoh 100 tahun yang lalu. Pandangan yang dimuatkan dalam buku ini adalah beraneka, sekali gus menyerlahkan warna-warni sejarah, cabaran dan pergolakan zaman yang dilaluinya serta pelbagai latar belakang penyumbangnya - pemimpin politik, perancang dan pakar bahasa, aktivis bahasa, penulis, wartawan, guru dan sebagainya. Secara khusus buku ini merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah awal, peranan akhbar, persatuan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Unit Bahasa Malaysia di Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam memasyarakatkan bahasa Melayu, perkembangan bahasa dalam pelbagai zaman dan dalam pelbagai bidang serta sektor, dan hala tujunya pada masa hadapan.
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain