Text
ULAMA SILAM DALAM KENANGAN
Secebis hadis yang bermaksud, ”Ulama adalah pewaris nabi-nabi” sesungguhnya senantiasa menjadi ingatan kita apabila mengenangi peranan dan jasa mereka yang telah pergi. Mereka bukan sekedar meninggalkan nama untuk kenangan malahan juga meninggalkan cara hidup, citarasa, amalan dan yang lebih penting mewariskan ilmu bukan sahaja kepada murid mereka tetapi juga kepada masyarakat yang membaca karya mereka. Ulama Silam telah banyak menabur jasa dalam usaha membina, menyubur dan menyumbangkan ilmu melalui sistem pendidikan pondok, halaqah di mesjid dan sebagainya. Karya ini merakamkan sumbangan 13 orang ulama terkenal. Dikalangan mereka ini, selain terkenal sebagai tok guru, mufti yang tegas dan berani atau pendakwah, ada yang pernah muncul sebaai pengarang, penyair, pemikir, reformis dan malah ahli politik yang pintar. Ketiga belas ulama yang dibahas dalam buku ini diantaranya Al-Syekh Abu Bakar al-Ash'ari, Syekh Tahir Jalaluddin, Tok Kenali, Haji Husain Mohd. Nasir al-Mascudi, Al-Syekh Ahmad bin al-Syekh Muhammad Sa'id Jamaluddin al-Dandarawi, dan lain-lain. Umat Islam Melayu selayaknya menghayati ketokohan dan sumbangan ulama tersebut dalam rangka pembangunan umat Islam.
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain